TENTANG NUSA MAHSURI

PENGENALAN

Ditubuhkan pada 10 April 1997 . Kelab Basminton Nusa Mahsuri merupakan kelab badminton pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Diterajui oleh Sidek Bersaudara yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan badminton, bukan sahaja dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa. Mereka ialah Misbun Sidek, Razif Sidek, Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Kelab ini bertindak sebagai menyediakan khidmat tenaga pakar yang akan berkongsi kepakaran mereka dalam melatih pemain-pemain badminton. Dari dalam mahupun luar negara sekaligus membentuk imej bahawa Malaysia adalah sebuah pusat latihan terbaik dalam melahirkan jaguh dalam dunia badminton.

VISI

1.
Menjadi pusat atau akademi badminton badminton professional dalam membimbing pemain-pemain berpotensi, baik dari dalam mahupun luar negara untuk diketengahkan sebagai pemain bertaraf dunia.

2.
Bertindak sebagai perunding juga penasihat  kepada mana-mana kelab, sekolah, universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan kepakaran badminton, terutama berkaitan latihan persiapan dalam menbentuk barisan pemain yang mantap. Sebagai penyambung wadah dalam mencungkil bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi

3.
Kelab Nusa Mahsuri juga berperanan dalam memberi sumbangan khidmat kepakaran dalam membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Badminton Negeri-Negeri di Malaysia ke arah pembangunan badminton itu sendiri.

OBJEKTIF

JANGKA PENDEK

JANGKA PANJANG

Copyright © 2021 Nusa Mahsuri