PENGASAS
NUSA MAHSURI

ALLAHYARHAM YBHG DATO’ HAJI MOHD SIDEK
BIN ABDULLAH KAMAR

Dilahirkan pada 19 Januari 1936; di Kg Kanchong Darat, Banting, Selangor. Mendapat pendidikan di SMKA Al-Mansoor (L), Pulau Pinang.

Antara pencapaian Allahyarham Pencapaian sebagai pemain badminton :-

1958-1964 : Juara Kuala Langat ) perseorangan & beregu bergandingan dengan Sukarman Abdul Rahim)

1960 : Juara perseorangan Melayu Selangor

1964 : Juara perserangan Lelaki Piala Novis Melayu Selangor

Beliau merupakan seorang bekas pemain, jurulatih dan ayahanda kepada Sidek Bersaudara yang mewakili Malaysia bagi sukan badminton di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.

Ketegasan dan sikap melatih anak-anaknya yang terdiri daripada Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid dengan disiplin tinggi membolehkan mereka berjaya menjulang kejuaraan berprestij.

Paling mencuri tumpuan ramai dan catatan sejarah sukan negara hingga ke hari ini ialah kejayaan mereka memenangi Piala Thomas di Kuala Lumpur pada tahun 1992 selain muncul juara Kejohanan Seluruh England pada tahun 1982 menerusi gandingan Razif dan Jalani dan pingat gangsa sukan badminton di temasya Sukan Olimpik di Barcelona (Razif & Jalani – 1992) dan Atlanta (Rashid – 1996).

Pencapaian hebat dan gemilang yang digapai kelima-lima Sidek Bersaudara  ini ,adalah hasil dedikasi Allahyarham Dato’ Haji Mohd Sidek yang meletakkan asas kukuh  kepada Malaysia mendominasi sukan itu bermula era tahun 70 hingga sekarang.

Kejayaan ini bukan sahaja melibatkan pencapaian cemerlang sebagai pemain tetapi juga di bidang kejurulatihan. Sebut nama kelima-lima anaknya kecuali Jalani, semuanya cukup sinonim dan gah didalam barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Copyright © 2021 Nusa Mahsuri