ALUAN

PRESIDEN NUSA MAHSURI

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan selamat sejahtera.

Sebagai sebuah kelab profesional pertama di Malaysia, penubuhan Kelab Badminton Nusa Mahsuri antara lain mempunyai objektif dalam mendidik dan mendedahkan kepada seluruh masyarakat khususnya di peringkat akar umbi tentang kaedah permainan sukan badminton yang lebih bersistematik.

Dengan adanya kemudahan laman web ini, saya percaya ia dapat memberi maklumat yang lebih berkualiti dan terkini secara lebih dekat lagi berhubungkait soal latihan teori dan praktikal, perkembangan aktiviti, kejohanan dan sebagainya baik dari dalam mahupun luar negara.

Kemudahan ini juga diharapkan akan menjadi jambatan penghubung serta laman bertukar-tukar idea dan sumber rujukan sesama kita dalam meningkatkan mutu permainan sukan badminton, insyaallah.

Selamat melayari laman web Kelab Badminton Nusa Mahsuri!

 

DATO’ SERI MOHD JALANI BIN DATO’ HAJI SIDEK
Presiden

Copyright © 2021 Nusa Mahsuri